Ahad, 9 November 2014

Biskut Sarang Semut


Bahan-bahan

• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 s/teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan


Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata ,tambahkan pewarna
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Memang simple je nak buat biskut nih..uli,pastu parut pastu simpan dalam paper cup..
Guna sudu kecil senang sket keja..kalo melekat,celupkan jap sudu ke dalam tepung.

Nih tunjuk sikit rupa bahagian dalam biskut ni..kot2 ada yg x pernah tengok.hihi...
Bagi penggemar biskut nih leh laa cuba sendiri yer.. :)

credit to

Resepi: Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus


bahan - bahan

125gm butter
4 bj telur A 
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:
Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


Kuih Penyaram Lembut (Kuih Cucur/ Cucur Jawa)



Bahan2:
  • 500g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
  • 3/4 sudu teh garam
  • 500g gula apong/gula melaka 
  • Minyak masak secukupnya

Cara2:
  1. Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras.
  2. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka) 
  3. Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
  4. Tuang air gula apong tadi (ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
  5. Tapis adunan dan perap semalaman. 
  6. Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang dogoreng satu persatu. Selamat mencuba!

Selasa, 28 Oktober 2014

DONUT

Bahan-bahan :

500gm tepung gandum
1/2 peket yis segera
1 1/2 camca besar planta
1 camca besar gula / susu pekat (aku guna susu pekat)
Secubit garam
Sedikit air suam (dalam anggaran 1 cawan)

cara - cara

- Larutkan garam dan gula/susu pekat dalam air suam dan ketepikan
- Campurkan tepung, planta dan yis. Gaul rata
- Tuang larutan tadi ke dalam adunan tepung sikit-sikit sambil di uli hingga menjadi doh dan x lekat di tangan
- Bulatkan doh dan rehatkan doh selama lebih kurang 15minit dengan ditutup bekas doh dgn plastic ataw kain bersih.

- Tumbuk-tumbuk doh yg dah naik tu untuk keluarkan angin
- Doh dicanai agak-agak 1/2 inci kemudian terapkan dengan acuan donut

Dapat la 14 biji yang comel-comel
- Biarkan donut yang siap diterap selama 1/2 jam kemudian goreng dengan api sederhana

Dalam proses pengembangan
- Dah siap goreng boleh lah digolek dalam gula halus atau celup coklat





KEK CHEESEKUT PHILADELPHIA

BAHAN - BAHAN

bahan A

1 tin susu pekat saiz sedang besar..(asal jangan susu cap junjung ok...x cedap...)
1 kotak cheese philadelphia

bahan B

   loyang ( mana - mana jak saiz yang anda minat )
1 paket hup seng deluxe crackers
1 paket 3 in 1

CARA - CARA

  1. mixkan bahan A sampai menjadi cream...letak ke tepi bahan A..
  2. sediakan loyang 
  3. letakan biskut / bahan B anda ke dalam loyang mengikut  baris 4 / 5 ...bukan dilapis taw...
  4. setelah tu..letakan  cheese philadelphia diatas biskut yang anda susun tu tadi,setelah siap simpan  1 kotak cheese philadelphia tu tadi...ulang perkara yang sama.sehingga habis biskut 1 paket hup seng deluxe crackers....dan  1 kotak cheese philadelphia...
  5. taburkan milo 3 in 1..
  6. last sekali simpan di dalam freezer (biarkan ia sejuk dahulu)..sampai ia keras cikit..n siap untuk mamam....
*** kita x guna susu cair...







Isnin, 27 Oktober 2014

KUIH SAGU / BRONOK
BAHAN - BAHAN
  • 1 gelas sagu biji kecil – saya guna 1/2 cawan sagu
  • 3 gelas air – saya guna 2 cawan air
  • 3/4 gelas gula pasir- saya guna 1/2 cawan 
  • Sedikit pewarna merah – saya guna pink tapi terlebih pink kot ;-)
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose – saya tak masukkan
CARA - CARA
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " ( saya masukkan dalam bekas lompang je..senang nak makan nanti )
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan cungkil dengan butter knife untuk keluarkan dari bekas lompang tu dan gaul dengan kelapa..siap.

006
credit to
RESEPI BISKUT BANGKIT ASLI



Bhn2:

  • 3 cawan rata tepung ubi (+-300g)
  • 1/2 cawan tepung gandum(+-50g)
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa(tak campur air)
  • 1 cawan rata gula ising(+-130g) - ( yg ni utk manis sedang2. kalau nk manis btol gunalah gula halus/gula kisar)
  • 2 biji kuning telur grade B
  • sehelai daun pandan disiat & disimpul
  • sedikit bijan utk hiasan - 
  • 1/2 s/k baking powder              

  • Cara-cara

    1. campur kedua2 jnis tepung lalu digoreng tanpa minyak(sangrai) dlm kuali hingga ringan. lpastu ayak dan sejukkan.
    2. masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.                
                             
    3. ayak gula ke dalam mangkuk. campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. mula2 memang sukar.. lps tu ok. kacau dgn pemukul telur manual jer hingga sebati.tp, kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
    4. gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. kuihni kena banyak uli. uli dgn tapak tangan macam uli doh. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x smestinya habis digunakan yer..                
                             
    5. ambil seketul doh, gelek dgn penggelek antara dua helai plastik. celup acuan dlm tepung sebelum menerap kuih. susun atas loyang yg telah dilenser dgn majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nk canai & gelek doh kena diuli lagi spaya kuih jd rangup.                
                             
    6. sapu dengan nipis ditengah2 atas kuih dgn putih telur lalu ditabur sedikit bijan. puth telur brtujuan utk lekatkn bijan saja, jgn sapu berlebihan, takut serap pd doh yg akn mnyebabkan biskut jd keras.                
                             
    7. bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu +- 150c selama 30 mnt atau hingga masak. ikutlah kepanasan oven masing2 yer..

    Ahad, 26 Oktober 2014



    KUIH RANGIN @ DANGAI

    Bahan-bahannya:

    3 mangkuk kelapa parut putih
    1 mangkuk tepung pulut
    1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
    1/2 camt garam halus

    Cara-cara Membuatnya:

    1.  Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
    2.  Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam 
         dan gaul rata.  Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
    3.  Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
    4.  Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu 
          dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
    5.  Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
    6.  Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, 
          ianya tidak perlu ditekan.
    7.  Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.









    Resepi Buah Melaka


    Buah Melaka

    Masa:
        Penyediaan: 20 minit
        Memasak: 10 minit
        Keseluruhan: 30 minit
    Jumlah Hidangan : 20

    Bahan-Bahan:

    • 1 cawan tepung pulut
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 5 helai daun pandan
    • Gula melaka di potong kiub kecil
    • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
    • Sedikit pewarna hijau


    Cara Penyediaan:

    1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
    2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
    3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
    4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
    5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.













    RESEPI KUIH KOCI
    BAHAN-BAHAN 1 :

    250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa
    200ml air
    150gm gula melaka
    2 sudu besar gula pasir
    1/2 biji kelapa parut *putih sahaja
    1/2 sudu teh garam
    daun pisang *dipotong

    BAHAN - BAHAN 2 :
    300gm tepung pulut
    240-250ml air
    3 sudu makan tepung gandum
    1/2 sudu teh garam

    CARA - CARA
    1. Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.
    2. Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.
    3.Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti ini.
    4. Bancuhkan bahan (2) hingga sebati. Ambil sedikit dan bentukkan ianya bulat. Leperkan bebola ini dan bubuhkan sedikit inti ditengahnya dan bulatkan.
    5. Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.
    6. Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.